Tuesday, June 1, 2010

Paling Latest

Waahh.. malasnye laa nak update blog nie.. tak tau la.. kalau nak ikut nak delete ja blog ni.. tapi sayang plak.. banyak gak benda berharga dalam nie.. teruskan je lah..

Baru-baru ni kita digemparkan dengan serangan Rejim Zionis laknatullahi alaihim ke atas kapal bantuan Malaysia ke Ghazah (Gaza). Post-post di dalam laman sosial Facebook rata-rata menunjukkan rasa tidak puas hati terhadap serangan tersebut. Gambar-gambar profil pula ditukar kepada imej-imej yang menunjukkan ciri-ciri anti-Israel dan pro Palestin. Baguslah jika rakyat Malaysia kini, terutamanya remaja sedar dan prihatin terhadap nasib rakyat Palestin di Gaza. Tapi takkan itu saja yang kita mampu lakukan untuk menunjukkan kemarahan kita terhadap tentera Zionis dan kesedihan kita mengenang nasib saudara-saudara kita di sana? Adakah tindakan kita itu dapat membantu mereka yang sedang berada dalam penderitaan yang maha dahsyat itu?? Mampukan dengan apa yang kita lakukan itu dapat menumpaskan kemaharajalelaan tentera-tentera berhati syaitan itu? Marilah sama-sama kita menadah tangan, menundukkan pandangan, merendahkan keegoan sambil menghadap tuhan... Berdoalah untuk mereka, kerana itu yang mereka perlukan dari kita sekarang selain dari bantuan yang gagal kita hantarkan tempoh hari. Alfatihah~

Sunday, January 17, 2010

Alfatihah kepada ibu kepada saudara sekuliah aku, Mohd Fahmi bin Othman... yang kembali ke rahmatullah pada 16.1.2010.

Selepas ziarah keluarga Allahyarhamah di Tikam Batu, kami membuat keputusan untuk pergi bersiar2 di daerah Yan, Kedah... Lihat lew gambar2 nie.. hehe..




Takde keje lain... Posing je..

Friday, January 1, 2010

Gunung Jerai


Mula semester kedua.. Tak puas lagi jalan2.. kali ni memang takde perancangan ape2 pun.. Tapi tak jauh sangat la... Just dalam Kedah la jugak. Gunung tertinggi di Kedah, situ lah yang kami g. Lepas kenyang makan kenduri rumah Nasrul (kaw gler punye makan)... kami naik ke atas gunung.
Asalnye kami g 7 orang, tapi dah jadi kameraman sorang, jadi la 6 jer kat sini... malas la nak upload banyak2 ini pun dah ckup.. hehe..

Penang~


Semester satu dah habis, muqarrar quran dah sattle. memang time nilah masanya untuk enjoy dan enjoy. Mana taknya, dah dekat stengah tahun "terperap" dalam Kolej (actually tak sangat pun), baru la nak boleh merasa sikit dunia luar ciptaan Ilahi ni. Enjoy, memang enjoy. mana taknya.. dah boleh cuba benda baru: konvoi beramai-ramai (rasanya tak ramai sangat pun).. Dan alhamdulillah, kami berjaya g dan balik dengan selamat. Insya Allah kalau ade bajet lagi lepas ni, jauh lagi kot berjalan.. hehe...
Sebelum g ke Pulau Pinang, kami g rumah hadi dulu dekat Kulim. Singgah minum2 dulu, pastu baru btolak ke sana malam... Jalan habesss...



Banyak jugak la tempat yg kami lawat.. Itu pun pakat main redah je.. Nasib baik ada abang si Nifail ni. Boleh la jugak tunjukkan kami jalan2 kat sini.. Lepas diorang blah, kami tak tentu arah.. main jalan je.. Tapi Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar kecuali malam last di Pulau Pinang...

Setelah sekian lama

Assalamualaikum semua..
Mintak maaf la kepada semua pengunjung sebab memang tak banyak masa aku dengan blog nie.. bukanlah nak kata sibuk ke ape tapi tak terasa nak bukak blog tambah-tambah lagi nak edit or nak tambah post.. tapi ape pun, insya Allah dari semasa ke semasa aku akan updatekan blog aku..

Sunday, November 1, 2009

Jadi fasilitator di sek. Men. Keb Paya Kemunting. Memang tak boleh dinafikan, cukup best. Tapi sayang gak, 1 malam je masa kami dalam program tu. Bukan ape, tak sempat nak jalinkan silaturrahim dengan students kat sana. Tapi kira allright la kan, bleh jgak jumpe.. Di lain masa, kalo ada kesempatan, insya Allah meet again.


















Azam..

Zamakh...

Friday, October 16, 2009

Assignment cukup banyak. mengalahkan budak2 Ijazah.. Letih aku dibuatnya. Tapi takpe. Dalam letih2 tu, ada bnda yang buatkan aku enjoy. Dan yang paling seronok, buat assignment Qiraat Ilmi. Memang kaw lah.. Kalau nak taw lebih lanjut, lawat www.manhajnafiq09.blogspot.com.

Teamwork aku dalam menyiapkan assignment Qiraat ilmi.

Madah Berlada untuk pembaca

Menanggung sesuatu yang dibenci memang pedih tetapi melepaskan apa yang dicintai itu adalah lebih perit.

Katakanlah, cintakan seorang wanita itu derita. Cintakan secebis harta itu dusta. Cintakan sedarjat takhta itu buta.Cintakan setapak bumi itu hanya cerita. Ingatlah, tiada cinta seagung cintakan Ilahi...

Malu bertanya sesatlah perjalanan... Tapi kalau banyak bertanya itu tak tahu malu...

Struggle...

Struggle...

What do U think about me...?

My Favourite Team

My Favourite Team

My School

My School

AKU & MMAS + KUIN

Kat sini, aku nak cerita la sikit pasal sekolah aku. Aku mula belajar kat sini dari 3.1.2004. Dari form 1. Time tu, Memang rasa janggal bila kena tinggalkan mak ngan ayah sebab aku kena stay kat hostel.. sedih giler.... tapi, kawan-kawan aku yang se-dorm dengan aku nampak friendly je, aku jadi tak kisah.

First night menjalani kehidupan kat asrama, serba tak kena. Tidur tak lena, makan pun tak banyak macam selalu,(hehehe)... Asyik teringat boleh ke aku hidup kat sini nie... Pastu, bila dah jumpa ngan kawan2, n diorang pun caring je, hilang la sikit rasa gundah gulana tu... Alhamdulillah...

Start daripada hari tu, aku mula berdikari sebab sebelum ni, asyik mak je yang tolong buatkan. Sikit-sikit mak, sikit-sikit mak. Kesian kat mak aku.. huhu... Basuh baju, mula-mula semua baju hantar dobi kat rumah warden.. Lepas tu, pikir2 balik, basuh sendiri jimat sikit. huhu.. Then, Sembahyang berjemaah full setiap waktu. Solat sunat yang tak pernah buat pun, buat... Biasalah, form 1. Ikut je ape "abang-abang" suruh.

Bila naik form 2, rasa macam besar sikit sebab ada "adik-adik". Time ni la nak borang-memborang pun... Time ni memang rapat giler dengan adik-adik. I meant, form 4 this year. Seronok gak bila teringat balik... Biarkanlah kenangan itu terpahat dalam sanubari... Tak perlu kot nak cita panjang2 kat sini...

Tahun demi tahun aku lalui, sampai la aku kat form 3. Year of OTAI. Tapi, Alhamdulillah, aku tak la terpengaruh sangat dengan jiwa keremajaan ni... cuma kes CC je sikit2. Besa la tuu... Kengkawan pun mula bertambah tahun ni... Tak tahu lah dari mane datang...

Bila form 4 pulak, banyak giler perubahan dalam diri aku... Diri ni dah rasa besar tambahan pulak dibebani dengan tanggungjawab yang besar... Bila bersembang sikit, kisah pasal tanggungjawab, sikit2 tanggungjawab. Semakin banyak meeting yang aku kena hadiri. Tak tahulah... Akhirnya, aku mengundurkan diri dari menanggung tanggungjawab tu... Dalam erti kata lain, aku letak jawatan.. Semua ni berkisar tentang hostel laa...

Kilas kanan, kilas kiri... Laaa... Dah form 5. Dari tensyen kat hostel aku bawak ke rumah sewa. Macam2 benda aku belajar dari pengalaman ni. Makan, pakai semua 98.9 % atas diri sendiri. Awalnya ditentang gak dengan kehendak keluarga tapi, apa boleh buat, redah jee....

Tahun penentuan aku dalam hidup. maknanya, kalau aku main2 lagi, aku akan dihumban ke dalam lurah kepayahan dan kebinasaan dalam hidup aku.. Semakin hari mendekati SPM, semakin liat aku dengan buku. Asyik sangat dengan benda luar... Bukan aku tak sedar tapi rasa susah nak mengelak... Result trial pun merudum.. Sedih... Aku ingat nak buat anjakan paradigma... Chaiyok..

Dan sekarang, aku bergelar 'lepasan SPM dari MMAS'.. Perghh.. bangga siot. Tapi, walau macam mana pun, aku kena tunggu result SPM dulu laa.. Kalau result gempak, ok la jugak nak berbangga.. Ermm.. so, tinggal setahun je lagi aku di Maahad.. Dan aku akan lakukan yang terbaik... Go.. Go.. Go..

Bulan 1 2009, aku in Form 6 2009. Setiap hari aku terpaksa menelan kegelapan awal pagi, meredah kabus yang dinginnya menyusuk hingga ke tulang hitam aku, meredah traffic jam, kalau nak cepat, terpaksa meredah risiko melalui Highway, demi mengejar sepipis ilmu ukhrawi di sekolah yang penuh barakah tue.. (MMAS la). N Lepas nie mungkin pegi KUIN... tempat idaman aku selama nie.. hehe.. tak pun sebenarnya. tapi atas dasar alasan2 yang munasabah, aku cuba melangkahkan kaki aku ke KUIN. Tapi memana pun tak kisah, asalkan aku bleh menunut ilmu. Ye dak?

Bulan 5 2009, aku secara rasminya terkeluar dari senarai pelajar2 tingkatan 6 2009 kat Maktab Mahmud... dan lepas nie ak nak lanjutkan pengajian kat Kolej Universiti Insaniah (KUIN)...

Sedar tak sedar, aku dah masuk semester yang kedua dekat KUIN. Pengajian aku semakin rancak. Hafazan aku makin banyak. tapi mengulang, kurang pulak. Ini yang masalahnya. Tapi aku harap semua tu tak jadi masalah untuk aku meneruskan pengajuan aku di sini. Berbekalkan result exam yang "boleh gagah laaa" tu, aku harap semester depan aku boleh dapatkan yang lebih baik Insya Allah...

Masya Allah, pertengahan semester kedua da pun berlalu. tinggal sebulan saja lagi untuk menghadapi peperiksaan.. Hafalan baru setengah daripada muqarrar... Sempatkanlah aku untuk menduduki madah Hifz Quran 2 pada sem ini ya Allah.. Amin.