Saturday, November 29, 2008

30.11.2008


Esok ada paper Syariah 2. Tengoklah ape aku buat.. Haha... Tapi tak kisah.. Syariah kan kacang je... Bukan aku kata... Kengkawan aku kata gak. Kat CC ni la tempat aku melepaskan 'tension' setelah mana letih menghadap buku yang bertimbun-timbun. Almaklumlah, paper tyerakhir esok. Sok, tak bleh la tension2 sebab nak ready untuk enjoy sepenuhnya esok... Wakaka... Aku nak buktikan exam SPM bukan penghalang kebahagiaan hidup aku. Wah3...

Friday, November 28, 2008


Satu pagi yang aman, tenang giler. Tapi, aik.. Nape ribut2 nie? Oh, Pagi sebelum paper Sejarah rupanya... Tak hairanlah semua pakat pegang buku je... hurmmm.... Ragam SPM 08's candidates of Maktab Mahmud. Preparation pun buat last2 minit... tapi result Insya-Allah... Gempak. Go go Maahadianz... We can.



Aku pun tak terkecuali la buat preparation last minute tu. So, Bace je ape yang rasa terlintas dalam kepala.... Masuk tak masik, tu hal kedua. Aku tak nak fail la kalau boleh sebab peksa trial ari tu pun cukup2 makan je lulus... Sedih tol... Tapi, aku yankin sebab banyak gak bab yang aku baca naik kali nih... Sooo, Aku yakin aku boleh....

Saturday, November 15, 2008

jamuan Asrama 08

Masa paling sonok... Jamuan Asrama 2008. Khas untuk SPM candidates 2008. Terharu giler masa ni... Walaupun aku tak stay kat asrama dah, kenangan 4 tahun berturut-turut yang lalu membuatkan aku rasa payah nak tinggalkan maahad especially Asputra. Tapi, setiap yang bertemu tetap akan berpisah. Aku relakan segalanya kerana takdir. Waaa... Kenangan terindah















Kenangan terakhir masa mak aku ngan ayah nak bertolak dari Penang... Perghh.. Shahdu sioot. Semua feeling giler. Aku pun tak kisah la sangat. Tak la nangis la depan orang ramai... Blakang... biarlah rahsia..

Lepas pada ni, aku naik bas je balik ke Rumah sewa. Adus, seksa betul first time nak naik bas dekat Butterworth. Hanya tuhan yang tahu...

Saturday, November 1, 2008

Seronok

Tak de pa pe sebenarnya... igauan emosi jeee... muahaha..

Madah Berlada untuk pembaca

Menanggung sesuatu yang dibenci memang pedih tetapi melepaskan apa yang dicintai itu adalah lebih perit.

Katakanlah, cintakan seorang wanita itu derita. Cintakan secebis harta itu dusta. Cintakan sedarjat takhta itu buta.Cintakan setapak bumi itu hanya cerita. Ingatlah, tiada cinta seagung cintakan Ilahi...

Malu bertanya sesatlah perjalanan... Tapi kalau banyak bertanya itu tak tahu malu...

Struggle...

Struggle...

What do U think about me...?

My Favourite Team

My Favourite Team

My School

My School

AKU & MMAS + KUIN

Kat sini, aku nak cerita la sikit pasal sekolah aku. Aku mula belajar kat sini dari 3.1.2004. Dari form 1. Time tu, Memang rasa janggal bila kena tinggalkan mak ngan ayah sebab aku kena stay kat hostel.. sedih giler.... tapi, kawan-kawan aku yang se-dorm dengan aku nampak friendly je, aku jadi tak kisah.

First night menjalani kehidupan kat asrama, serba tak kena. Tidur tak lena, makan pun tak banyak macam selalu,(hehehe)... Asyik teringat boleh ke aku hidup kat sini nie... Pastu, bila dah jumpa ngan kawan2, n diorang pun caring je, hilang la sikit rasa gundah gulana tu... Alhamdulillah...

Start daripada hari tu, aku mula berdikari sebab sebelum ni, asyik mak je yang tolong buatkan. Sikit-sikit mak, sikit-sikit mak. Kesian kat mak aku.. huhu... Basuh baju, mula-mula semua baju hantar dobi kat rumah warden.. Lepas tu, pikir2 balik, basuh sendiri jimat sikit. huhu.. Then, Sembahyang berjemaah full setiap waktu. Solat sunat yang tak pernah buat pun, buat... Biasalah, form 1. Ikut je ape "abang-abang" suruh.

Bila naik form 2, rasa macam besar sikit sebab ada "adik-adik". Time ni la nak borang-memborang pun... Time ni memang rapat giler dengan adik-adik. I meant, form 4 this year. Seronok gak bila teringat balik... Biarkanlah kenangan itu terpahat dalam sanubari... Tak perlu kot nak cita panjang2 kat sini...

Tahun demi tahun aku lalui, sampai la aku kat form 3. Year of OTAI. Tapi, Alhamdulillah, aku tak la terpengaruh sangat dengan jiwa keremajaan ni... cuma kes CC je sikit2. Besa la tuu... Kengkawan pun mula bertambah tahun ni... Tak tahu lah dari mane datang...

Bila form 4 pulak, banyak giler perubahan dalam diri aku... Diri ni dah rasa besar tambahan pulak dibebani dengan tanggungjawab yang besar... Bila bersembang sikit, kisah pasal tanggungjawab, sikit2 tanggungjawab. Semakin banyak meeting yang aku kena hadiri. Tak tahulah... Akhirnya, aku mengundurkan diri dari menanggung tanggungjawab tu... Dalam erti kata lain, aku letak jawatan.. Semua ni berkisar tentang hostel laa...

Kilas kanan, kilas kiri... Laaa... Dah form 5. Dari tensyen kat hostel aku bawak ke rumah sewa. Macam2 benda aku belajar dari pengalaman ni. Makan, pakai semua 98.9 % atas diri sendiri. Awalnya ditentang gak dengan kehendak keluarga tapi, apa boleh buat, redah jee....

Tahun penentuan aku dalam hidup. maknanya, kalau aku main2 lagi, aku akan dihumban ke dalam lurah kepayahan dan kebinasaan dalam hidup aku.. Semakin hari mendekati SPM, semakin liat aku dengan buku. Asyik sangat dengan benda luar... Bukan aku tak sedar tapi rasa susah nak mengelak... Result trial pun merudum.. Sedih... Aku ingat nak buat anjakan paradigma... Chaiyok..

Dan sekarang, aku bergelar 'lepasan SPM dari MMAS'.. Perghh.. bangga siot. Tapi, walau macam mana pun, aku kena tunggu result SPM dulu laa.. Kalau result gempak, ok la jugak nak berbangga.. Ermm.. so, tinggal setahun je lagi aku di Maahad.. Dan aku akan lakukan yang terbaik... Go.. Go.. Go..

Bulan 1 2009, aku in Form 6 2009. Setiap hari aku terpaksa menelan kegelapan awal pagi, meredah kabus yang dinginnya menyusuk hingga ke tulang hitam aku, meredah traffic jam, kalau nak cepat, terpaksa meredah risiko melalui Highway, demi mengejar sepipis ilmu ukhrawi di sekolah yang penuh barakah tue.. (MMAS la). N Lepas nie mungkin pegi KUIN... tempat idaman aku selama nie.. hehe.. tak pun sebenarnya. tapi atas dasar alasan2 yang munasabah, aku cuba melangkahkan kaki aku ke KUIN. Tapi memana pun tak kisah, asalkan aku bleh menunut ilmu. Ye dak?

Bulan 5 2009, aku secara rasminya terkeluar dari senarai pelajar2 tingkatan 6 2009 kat Maktab Mahmud... dan lepas nie ak nak lanjutkan pengajian kat Kolej Universiti Insaniah (KUIN)...

Sedar tak sedar, aku dah masuk semester yang kedua dekat KUIN. Pengajian aku semakin rancak. Hafazan aku makin banyak. tapi mengulang, kurang pulak. Ini yang masalahnya. Tapi aku harap semua tu tak jadi masalah untuk aku meneruskan pengajuan aku di sini. Berbekalkan result exam yang "boleh gagah laaa" tu, aku harap semester depan aku boleh dapatkan yang lebih baik Insya Allah...

Masya Allah, pertengahan semester kedua da pun berlalu. tinggal sebulan saja lagi untuk menghadapi peperiksaan.. Hafalan baru setengah daripada muqarrar... Sempatkanlah aku untuk menduduki madah Hifz Quran 2 pada sem ini ya Allah.. Amin.