Friday, July 24, 2009


Inilah harta terbaru aku buat masa nie.. harga rahsia dan model tak perlu gtaw la... semua bleh taw kan... tgok je pun dah boleh cam.. nak online, senang. tak payah pakai broadband kalau stay kat asrama Ar-Raziy.
Gambar nie ditangkap masa jamuan asrama tengah berlangsung... Erm, nak kata jamuan besar-besaran, tak jugak.. idea sendiri.. tapi bleh tahan laa. best lolx... hahaha...


Haa.. ini azam. kawan hostelmate akuh.. dy nie pun groupmate aku gak dalam kelas tasmik... n kami ada satu persamaa... nak taw, kontek la aku.. haha..

Ini kembar 3 tak semak dan tak sepak nie mang payah nak berpisah.... kalau jumpak je sorang mesti ada yang 2 lagi.. pi la kat tempat mana pun.. Yang kiri skali tuh Salman, then nasir (penghulu) n wan..

Madah Berlada untuk pembaca

Menanggung sesuatu yang dibenci memang pedih tetapi melepaskan apa yang dicintai itu adalah lebih perit.

Katakanlah, cintakan seorang wanita itu derita. Cintakan secebis harta itu dusta. Cintakan sedarjat takhta itu buta.Cintakan setapak bumi itu hanya cerita. Ingatlah, tiada cinta seagung cintakan Ilahi...

Malu bertanya sesatlah perjalanan... Tapi kalau banyak bertanya itu tak tahu malu...

Struggle...

Struggle...

What do U think about me...?

My Favourite Team

My Favourite Team

My School

My School

AKU & MMAS + KUIN

Kat sini, aku nak cerita la sikit pasal sekolah aku. Aku mula belajar kat sini dari 3.1.2004. Dari form 1. Time tu, Memang rasa janggal bila kena tinggalkan mak ngan ayah sebab aku kena stay kat hostel.. sedih giler.... tapi, kawan-kawan aku yang se-dorm dengan aku nampak friendly je, aku jadi tak kisah.

First night menjalani kehidupan kat asrama, serba tak kena. Tidur tak lena, makan pun tak banyak macam selalu,(hehehe)... Asyik teringat boleh ke aku hidup kat sini nie... Pastu, bila dah jumpa ngan kawan2, n diorang pun caring je, hilang la sikit rasa gundah gulana tu... Alhamdulillah...

Start daripada hari tu, aku mula berdikari sebab sebelum ni, asyik mak je yang tolong buatkan. Sikit-sikit mak, sikit-sikit mak. Kesian kat mak aku.. huhu... Basuh baju, mula-mula semua baju hantar dobi kat rumah warden.. Lepas tu, pikir2 balik, basuh sendiri jimat sikit. huhu.. Then, Sembahyang berjemaah full setiap waktu. Solat sunat yang tak pernah buat pun, buat... Biasalah, form 1. Ikut je ape "abang-abang" suruh.

Bila naik form 2, rasa macam besar sikit sebab ada "adik-adik". Time ni la nak borang-memborang pun... Time ni memang rapat giler dengan adik-adik. I meant, form 4 this year. Seronok gak bila teringat balik... Biarkanlah kenangan itu terpahat dalam sanubari... Tak perlu kot nak cita panjang2 kat sini...

Tahun demi tahun aku lalui, sampai la aku kat form 3. Year of OTAI. Tapi, Alhamdulillah, aku tak la terpengaruh sangat dengan jiwa keremajaan ni... cuma kes CC je sikit2. Besa la tuu... Kengkawan pun mula bertambah tahun ni... Tak tahu lah dari mane datang...

Bila form 4 pulak, banyak giler perubahan dalam diri aku... Diri ni dah rasa besar tambahan pulak dibebani dengan tanggungjawab yang besar... Bila bersembang sikit, kisah pasal tanggungjawab, sikit2 tanggungjawab. Semakin banyak meeting yang aku kena hadiri. Tak tahulah... Akhirnya, aku mengundurkan diri dari menanggung tanggungjawab tu... Dalam erti kata lain, aku letak jawatan.. Semua ni berkisar tentang hostel laa...

Kilas kanan, kilas kiri... Laaa... Dah form 5. Dari tensyen kat hostel aku bawak ke rumah sewa. Macam2 benda aku belajar dari pengalaman ni. Makan, pakai semua 98.9 % atas diri sendiri. Awalnya ditentang gak dengan kehendak keluarga tapi, apa boleh buat, redah jee....

Tahun penentuan aku dalam hidup. maknanya, kalau aku main2 lagi, aku akan dihumban ke dalam lurah kepayahan dan kebinasaan dalam hidup aku.. Semakin hari mendekati SPM, semakin liat aku dengan buku. Asyik sangat dengan benda luar... Bukan aku tak sedar tapi rasa susah nak mengelak... Result trial pun merudum.. Sedih... Aku ingat nak buat anjakan paradigma... Chaiyok..

Dan sekarang, aku bergelar 'lepasan SPM dari MMAS'.. Perghh.. bangga siot. Tapi, walau macam mana pun, aku kena tunggu result SPM dulu laa.. Kalau result gempak, ok la jugak nak berbangga.. Ermm.. so, tinggal setahun je lagi aku di Maahad.. Dan aku akan lakukan yang terbaik... Go.. Go.. Go..

Bulan 1 2009, aku in Form 6 2009. Setiap hari aku terpaksa menelan kegelapan awal pagi, meredah kabus yang dinginnya menyusuk hingga ke tulang hitam aku, meredah traffic jam, kalau nak cepat, terpaksa meredah risiko melalui Highway, demi mengejar sepipis ilmu ukhrawi di sekolah yang penuh barakah tue.. (MMAS la). N Lepas nie mungkin pegi KUIN... tempat idaman aku selama nie.. hehe.. tak pun sebenarnya. tapi atas dasar alasan2 yang munasabah, aku cuba melangkahkan kaki aku ke KUIN. Tapi memana pun tak kisah, asalkan aku bleh menunut ilmu. Ye dak?

Bulan 5 2009, aku secara rasminya terkeluar dari senarai pelajar2 tingkatan 6 2009 kat Maktab Mahmud... dan lepas nie ak nak lanjutkan pengajian kat Kolej Universiti Insaniah (KUIN)...

Sedar tak sedar, aku dah masuk semester yang kedua dekat KUIN. Pengajian aku semakin rancak. Hafazan aku makin banyak. tapi mengulang, kurang pulak. Ini yang masalahnya. Tapi aku harap semua tu tak jadi masalah untuk aku meneruskan pengajuan aku di sini. Berbekalkan result exam yang "boleh gagah laaa" tu, aku harap semester depan aku boleh dapatkan yang lebih baik Insya Allah...

Masya Allah, pertengahan semester kedua da pun berlalu. tinggal sebulan saja lagi untuk menghadapi peperiksaan.. Hafalan baru setengah daripada muqarrar... Sempatkanlah aku untuk menduduki madah Hifz Quran 2 pada sem ini ya Allah.. Amin.