Sunday, December 28, 2008


Haha.. Ni la keja aku kalau aku duduk kat rumah.. Internet dah putus so.. aku kena la wat something yang tak guna internet.. Soo.. Aku edit gambar aku ntuk dijadikan... aa.. macam nie lah.. Kalau nak ikutkan, aku nak buat slide show terus.. tapi.. Tak larat la pulak. Banyak benda kena buat.. huhuhu.. so, aku buat benda yang paling simple je lah. pastu, taruk kat blog niee.. Buat penuhkan ruang komen ni ye dak.. haha.. lagipun, nak baca buku pun, tak minat sangat laa.. Baik aku buat kulit buku jee.. Hehe..

Friday, December 26, 2008

Bukit Wang... Perghh..

Time cuti sekolah ni la yang paling boring dalam hidup aku.. Memang tak tau nak buat pe dah.. Kalau nak ikutkan... Mau je aku pegi CC tiap2 hari tapi tak nak lahh... pokai lah aku.. Hurmm.. So, satu hari, kawan aku ada plan nak gi Bukit Wang.. Bukan main seronok la aku... Maklum lah.. Rumah aku dengan Bukit wang ni sekangkang kera je jaraknya... Kami gi first trip. 6 orang...
Nie, Shark dengan Toro... Belajar berenang bebb.. best gilerr.



Yang tak toleh ke kamera niee.. namanya Odeng... Menari plak dia.. hurmhh.. Bukan main seronok gi diorang ni main air.. kalau boleh macam tak nak balik.. Yang kanan tu Shark yang telah kehilangan bajunya dicuri ikan jerung.. kesian...





Yang ni pulak.. Aminuddin yang "malu dengan kamera"... (kalau yang kenal dengan dia, mesti gelak dengar ayat nih)... Bergelak ketawa ntah pa pe. Cite pasal sang kancil dengan rimau pun nak gelak.. Pe la diorang ni kan..

Aku plak posing abis laa... hurmh.. Kalau nak ikut, aku tanak kamera2 nih.. Tapi nak buat macamane kan.. Orang yang nak tangkap... Bagi Je laa.. Hehehe... Hurmm ok dah kot..

Tuesday, December 9, 2008

Raya Haji..















Urmhhh... Dengan ketiadaan perentz kat rumah, aku jadi tak keruan lak.. Kakak first suruh aku ikut dia beraya dekat rumah dia di Terengganu. Yang kakak aku yang ke dua pulak ajak beraya di kampung dia kat Pahang... Adusss. Kalau kedua-dua tempat tu dekat, tak lah kisah sangat. Ni, jauh mana hala nu.. hehehe... Fikir punya fikir, aku nekad. Aku ikut kakak aku yang sulung beraya di Terengganu... Boleh jumpak kawan2 lama aku, (kena ikut slang terengganu la..) men dengan anak-anak sedara aku, main internet selalu, Mc'Donald setiap waktu... dan banyak lagi laaa... Tapi, boring jugak la sebab sebelah pantai timur kan time ni musim tengkujuh. So, tak banyak la aktiviti outdoor yang aku boleh buat. Just shopping, shopping and shopping. Kalau habis boring sangat, lepak la kat Mc'Donald. Boleh la minum2... Nak tido pun, aku bukan la jenis suka tido siang... hujan tak hujan... Aku memang tak suka tido siang. hehehe... Jangan tak caya lak. Kalau tak caya, boleh tanya kengkawan aku. Ye dak kengkawan?

Wednesday, December 3, 2008

No More SPM

Tiada madah yang paling gembira bagi smua pelajar yang menuntut di bangku sekolah selain daripada perkataan, "Tiada lagi SPM untuk kami". Perkataan yang paling dinanti-nantikan oleh semua calon SPM pada setiap tahun. Sama ja macam kami nih... Bukan men seronok lagi bila tarikh terakhir untuk peperiksaan SPM dah tiba. Meloncat macam .......... Ade lah. Tapi, kat sekolah aku, First, kelas aliran Sains yang habis dulu. Biasalah, bersusah-susah dahulu... Sepi jerk, habis kuat, conteng baju sekolah dengan tandatangan. Then, kelas aliran Akaun pulak. Rancak sikit. Riuh jugak lah lebih kurang. Dan yang last nih yang paling best... Aliran ekonomi. Keluar je dari dewan, berdentum-dentam bunyi mercun. Macam raya cina pulalk. heishhh... Apa nak jadi... Dah tngkatan 5 dah wahai kawan2 ku... Dah boleh jadi bapak budak dah pun, jadik mcam tu lagi... Hurmhh... Inilah dunia.

Madah Berlada untuk pembaca

Menanggung sesuatu yang dibenci memang pedih tetapi melepaskan apa yang dicintai itu adalah lebih perit.

Katakanlah, cintakan seorang wanita itu derita. Cintakan secebis harta itu dusta. Cintakan sedarjat takhta itu buta.Cintakan setapak bumi itu hanya cerita. Ingatlah, tiada cinta seagung cintakan Ilahi...

Malu bertanya sesatlah perjalanan... Tapi kalau banyak bertanya itu tak tahu malu...

Struggle...

Struggle...

What do U think about me...?

My Favourite Team

My Favourite Team

My School

My School

AKU & MMAS + KUIN

Kat sini, aku nak cerita la sikit pasal sekolah aku. Aku mula belajar kat sini dari 3.1.2004. Dari form 1. Time tu, Memang rasa janggal bila kena tinggalkan mak ngan ayah sebab aku kena stay kat hostel.. sedih giler.... tapi, kawan-kawan aku yang se-dorm dengan aku nampak friendly je, aku jadi tak kisah.

First night menjalani kehidupan kat asrama, serba tak kena. Tidur tak lena, makan pun tak banyak macam selalu,(hehehe)... Asyik teringat boleh ke aku hidup kat sini nie... Pastu, bila dah jumpa ngan kawan2, n diorang pun caring je, hilang la sikit rasa gundah gulana tu... Alhamdulillah...

Start daripada hari tu, aku mula berdikari sebab sebelum ni, asyik mak je yang tolong buatkan. Sikit-sikit mak, sikit-sikit mak. Kesian kat mak aku.. huhu... Basuh baju, mula-mula semua baju hantar dobi kat rumah warden.. Lepas tu, pikir2 balik, basuh sendiri jimat sikit. huhu.. Then, Sembahyang berjemaah full setiap waktu. Solat sunat yang tak pernah buat pun, buat... Biasalah, form 1. Ikut je ape "abang-abang" suruh.

Bila naik form 2, rasa macam besar sikit sebab ada "adik-adik". Time ni la nak borang-memborang pun... Time ni memang rapat giler dengan adik-adik. I meant, form 4 this year. Seronok gak bila teringat balik... Biarkanlah kenangan itu terpahat dalam sanubari... Tak perlu kot nak cita panjang2 kat sini...

Tahun demi tahun aku lalui, sampai la aku kat form 3. Year of OTAI. Tapi, Alhamdulillah, aku tak la terpengaruh sangat dengan jiwa keremajaan ni... cuma kes CC je sikit2. Besa la tuu... Kengkawan pun mula bertambah tahun ni... Tak tahu lah dari mane datang...

Bila form 4 pulak, banyak giler perubahan dalam diri aku... Diri ni dah rasa besar tambahan pulak dibebani dengan tanggungjawab yang besar... Bila bersembang sikit, kisah pasal tanggungjawab, sikit2 tanggungjawab. Semakin banyak meeting yang aku kena hadiri. Tak tahulah... Akhirnya, aku mengundurkan diri dari menanggung tanggungjawab tu... Dalam erti kata lain, aku letak jawatan.. Semua ni berkisar tentang hostel laa...

Kilas kanan, kilas kiri... Laaa... Dah form 5. Dari tensyen kat hostel aku bawak ke rumah sewa. Macam2 benda aku belajar dari pengalaman ni. Makan, pakai semua 98.9 % atas diri sendiri. Awalnya ditentang gak dengan kehendak keluarga tapi, apa boleh buat, redah jee....

Tahun penentuan aku dalam hidup. maknanya, kalau aku main2 lagi, aku akan dihumban ke dalam lurah kepayahan dan kebinasaan dalam hidup aku.. Semakin hari mendekati SPM, semakin liat aku dengan buku. Asyik sangat dengan benda luar... Bukan aku tak sedar tapi rasa susah nak mengelak... Result trial pun merudum.. Sedih... Aku ingat nak buat anjakan paradigma... Chaiyok..

Dan sekarang, aku bergelar 'lepasan SPM dari MMAS'.. Perghh.. bangga siot. Tapi, walau macam mana pun, aku kena tunggu result SPM dulu laa.. Kalau result gempak, ok la jugak nak berbangga.. Ermm.. so, tinggal setahun je lagi aku di Maahad.. Dan aku akan lakukan yang terbaik... Go.. Go.. Go..

Bulan 1 2009, aku in Form 6 2009. Setiap hari aku terpaksa menelan kegelapan awal pagi, meredah kabus yang dinginnya menyusuk hingga ke tulang hitam aku, meredah traffic jam, kalau nak cepat, terpaksa meredah risiko melalui Highway, demi mengejar sepipis ilmu ukhrawi di sekolah yang penuh barakah tue.. (MMAS la). N Lepas nie mungkin pegi KUIN... tempat idaman aku selama nie.. hehe.. tak pun sebenarnya. tapi atas dasar alasan2 yang munasabah, aku cuba melangkahkan kaki aku ke KUIN. Tapi memana pun tak kisah, asalkan aku bleh menunut ilmu. Ye dak?

Bulan 5 2009, aku secara rasminya terkeluar dari senarai pelajar2 tingkatan 6 2009 kat Maktab Mahmud... dan lepas nie ak nak lanjutkan pengajian kat Kolej Universiti Insaniah (KUIN)...

Sedar tak sedar, aku dah masuk semester yang kedua dekat KUIN. Pengajian aku semakin rancak. Hafazan aku makin banyak. tapi mengulang, kurang pulak. Ini yang masalahnya. Tapi aku harap semua tu tak jadi masalah untuk aku meneruskan pengajuan aku di sini. Berbekalkan result exam yang "boleh gagah laaa" tu, aku harap semester depan aku boleh dapatkan yang lebih baik Insya Allah...

Masya Allah, pertengahan semester kedua da pun berlalu. tinggal sebulan saja lagi untuk menghadapi peperiksaan.. Hafalan baru setengah daripada muqarrar... Sempatkanlah aku untuk menduduki madah Hifz Quran 2 pada sem ini ya Allah.. Amin.