Wednesday, January 7, 2009

Ermm... Diam tak diam, tut tut.. Telefon mak aku berdering... Tuut..Tuut.. "Hello........ Naeh, abang ak dari KL nak balik... adoyai.. ermm... Ok la jugak.. Lama tak jumpe.. asyik dok pegi umah dia je kat sana.. Dalam pukul 12.30 p.m. sampai... Time tu aku tak de kat rumah.. Tengah mengadap komputer kat CC.. (hehe...) Urm... Sonok giler aku.. men dengan anak sedara ak.. dah 3 dah rupanya... kalau campur2 semua.. ade la 6... nak masuk 7 dah.. hehe..
Firdaus Haikal... Cute gak anak sedara ak sorang niee... Macam pak su dia nih... hehe.. Dia ni anak ke-2 abang aku... Putih kan??.. boleh buat model iklan Loreal.. hehe..
















Aina Natasya.. Ini pulak kakak dia.. Anak sulung abang aku... Pergh.. Lagi merap dari adik dia... Banyak songeh pulak tuu.. aduhh... Tapi, Ape2 pun.. tetap manja ngan pak su dia... Best...







Amir Farhan... Not for sale.. haha.. ni anak bongsu abang akuu. time ni baru 36 hari umur dia... nanti biler besar jadi la cam pak su eekk.. senang citer... huk3... Jangan marah......

Tuesday, January 6, 2009

S.P.



Pastuh... esok tu diorang da nak balik.... ingatkan dah nak berpisah dahh.... Rupanya, ade plan baru... Singgah umah mak ngah aku kat S.P. Sonok gak kat umah mak ngah ak.. ada port macning lagi style... Kalau nka ikut, memang tak nak dah mancing ni, tapi dah pak cik aku kata, bukan ada dah peluang ni nak jumpe kat KL.. So, sini je lah kan... Tak pe la... ikut je la diorang ni ni pegi mancing.. Hoho...



















Ermhh... dia ni pantang nampak kamera.. Semua nak kat dia... Takpa.. Kita bagi.... Huhuhuh... Ni kakak ak.. Kalau sapa tak kenal g, nama dia Shida... Len2 maklumat, tanya la dy sendiri... Huuhuhuuhhu...

Sunday, January 4, 2009

Ermm.. Jalan2..

Kalau asyik dok kat rumah jer borink gak kan... Suatu hari, ntah.. Pak Cik aku nak buat surprise ke ape tak taw la.. dari KL datang trus ke Jitra (my hometown) tak bagi tau.. tinggal lagi 10 km baru dy telefon.. "kami dah de kat Pekan Jitra..." Waw... dahsyat punya terkejut kami sekeluarga.. nak buat camner.. Pak Cik aku memang camtuh.. ermmm.. So, dengan tenaga yang kami ade, kami siap2kan bilik untuk dyorang.. Aduss.. Letih siot.. Pastuh... 10 minit kmudian, dyorang sampai la kat umah aku... ingatkan nak datang wat pe? nak memancing tujuannye.. Adoyai.. Tak per la.. Kami pun Rehat2 n Petang tuh.. Trus g mancing ikan kat Sungai... Ntah penama sungai kat Jitra nie..Tak tau lak aku...


















Ni pak cik ak.. cari mata kail yang jatuh... Adoi... memang susah la...


















Sungai ni sape yang taw??? Sesape yang duduk kat Jitra ni lebih dari 6 tahun.. mungkin taw kut... yang bawah Highway tu.. Kalau tau, gtaw la ak ekk... Huhuhu....




















Haa.. bawak 1 family... macam la tempat tu jauh sangat... huhuh... Tak pe la.. Diorang ni duduk kat KL.. Mane la ade peluang nak tgok tempat2 menarik macam ni kat Kedah ni betul x? Haha...
Time tu dapat ikan belida (selat) sekor, sepat 3 ekor, dengan pe nama ntah 1 g... lupa plak.. hahaha. ermm. tak pe lah... yang penting, pastuh kami makan ramai2 kat umah.. Sedaaappp.......

Madah Berlada untuk pembaca

Menanggung sesuatu yang dibenci memang pedih tetapi melepaskan apa yang dicintai itu adalah lebih perit.

Katakanlah, cintakan seorang wanita itu derita. Cintakan secebis harta itu dusta. Cintakan sedarjat takhta itu buta.Cintakan setapak bumi itu hanya cerita. Ingatlah, tiada cinta seagung cintakan Ilahi...

Malu bertanya sesatlah perjalanan... Tapi kalau banyak bertanya itu tak tahu malu...

Struggle...

Struggle...

What do U think about me...?

My Favourite Team

My Favourite Team

My School

My School

AKU & MMAS + KUIN

Kat sini, aku nak cerita la sikit pasal sekolah aku. Aku mula belajar kat sini dari 3.1.2004. Dari form 1. Time tu, Memang rasa janggal bila kena tinggalkan mak ngan ayah sebab aku kena stay kat hostel.. sedih giler.... tapi, kawan-kawan aku yang se-dorm dengan aku nampak friendly je, aku jadi tak kisah.

First night menjalani kehidupan kat asrama, serba tak kena. Tidur tak lena, makan pun tak banyak macam selalu,(hehehe)... Asyik teringat boleh ke aku hidup kat sini nie... Pastu, bila dah jumpa ngan kawan2, n diorang pun caring je, hilang la sikit rasa gundah gulana tu... Alhamdulillah...

Start daripada hari tu, aku mula berdikari sebab sebelum ni, asyik mak je yang tolong buatkan. Sikit-sikit mak, sikit-sikit mak. Kesian kat mak aku.. huhu... Basuh baju, mula-mula semua baju hantar dobi kat rumah warden.. Lepas tu, pikir2 balik, basuh sendiri jimat sikit. huhu.. Then, Sembahyang berjemaah full setiap waktu. Solat sunat yang tak pernah buat pun, buat... Biasalah, form 1. Ikut je ape "abang-abang" suruh.

Bila naik form 2, rasa macam besar sikit sebab ada "adik-adik". Time ni la nak borang-memborang pun... Time ni memang rapat giler dengan adik-adik. I meant, form 4 this year. Seronok gak bila teringat balik... Biarkanlah kenangan itu terpahat dalam sanubari... Tak perlu kot nak cita panjang2 kat sini...

Tahun demi tahun aku lalui, sampai la aku kat form 3. Year of OTAI. Tapi, Alhamdulillah, aku tak la terpengaruh sangat dengan jiwa keremajaan ni... cuma kes CC je sikit2. Besa la tuu... Kengkawan pun mula bertambah tahun ni... Tak tahu lah dari mane datang...

Bila form 4 pulak, banyak giler perubahan dalam diri aku... Diri ni dah rasa besar tambahan pulak dibebani dengan tanggungjawab yang besar... Bila bersembang sikit, kisah pasal tanggungjawab, sikit2 tanggungjawab. Semakin banyak meeting yang aku kena hadiri. Tak tahulah... Akhirnya, aku mengundurkan diri dari menanggung tanggungjawab tu... Dalam erti kata lain, aku letak jawatan.. Semua ni berkisar tentang hostel laa...

Kilas kanan, kilas kiri... Laaa... Dah form 5. Dari tensyen kat hostel aku bawak ke rumah sewa. Macam2 benda aku belajar dari pengalaman ni. Makan, pakai semua 98.9 % atas diri sendiri. Awalnya ditentang gak dengan kehendak keluarga tapi, apa boleh buat, redah jee....

Tahun penentuan aku dalam hidup. maknanya, kalau aku main2 lagi, aku akan dihumban ke dalam lurah kepayahan dan kebinasaan dalam hidup aku.. Semakin hari mendekati SPM, semakin liat aku dengan buku. Asyik sangat dengan benda luar... Bukan aku tak sedar tapi rasa susah nak mengelak... Result trial pun merudum.. Sedih... Aku ingat nak buat anjakan paradigma... Chaiyok..

Dan sekarang, aku bergelar 'lepasan SPM dari MMAS'.. Perghh.. bangga siot. Tapi, walau macam mana pun, aku kena tunggu result SPM dulu laa.. Kalau result gempak, ok la jugak nak berbangga.. Ermm.. so, tinggal setahun je lagi aku di Maahad.. Dan aku akan lakukan yang terbaik... Go.. Go.. Go..

Bulan 1 2009, aku in Form 6 2009. Setiap hari aku terpaksa menelan kegelapan awal pagi, meredah kabus yang dinginnya menyusuk hingga ke tulang hitam aku, meredah traffic jam, kalau nak cepat, terpaksa meredah risiko melalui Highway, demi mengejar sepipis ilmu ukhrawi di sekolah yang penuh barakah tue.. (MMAS la). N Lepas nie mungkin pegi KUIN... tempat idaman aku selama nie.. hehe.. tak pun sebenarnya. tapi atas dasar alasan2 yang munasabah, aku cuba melangkahkan kaki aku ke KUIN. Tapi memana pun tak kisah, asalkan aku bleh menunut ilmu. Ye dak?

Bulan 5 2009, aku secara rasminya terkeluar dari senarai pelajar2 tingkatan 6 2009 kat Maktab Mahmud... dan lepas nie ak nak lanjutkan pengajian kat Kolej Universiti Insaniah (KUIN)...

Sedar tak sedar, aku dah masuk semester yang kedua dekat KUIN. Pengajian aku semakin rancak. Hafazan aku makin banyak. tapi mengulang, kurang pulak. Ini yang masalahnya. Tapi aku harap semua tu tak jadi masalah untuk aku meneruskan pengajuan aku di sini. Berbekalkan result exam yang "boleh gagah laaa" tu, aku harap semester depan aku boleh dapatkan yang lebih baik Insya Allah...

Masya Allah, pertengahan semester kedua da pun berlalu. tinggal sebulan saja lagi untuk menghadapi peperiksaan.. Hafalan baru setengah daripada muqarrar... Sempatkanlah aku untuk menduduki madah Hifz Quran 2 pada sem ini ya Allah.. Amin.