Thursday, April 16, 2009


Akue dipaksa taruk gambar nie oleh kawan akue... isk3..

Saturday, April 4, 2009



Ni kat Kolam Air Panas Ulu Legong, Baling, Kedah Darul Aman, Malaysia. Pict nie mang la nampak aku tengah senyum.. Tapi kalau nak ikut, macam nak jerit doohh.. panas abeh suma kepala yang ada... kepala lutu aku macam nak melecur.. hehe.. over plak.. Urm.. time nie pkul 2 pagi.. tak ramai lagi time nie...

Tagggg... urm. bosan.

5 things in my bag:
~buku
~buku
~buku
~buku
~n buku.. bosan :(


5 things in my wallet:
~wang..sebab semua benda itu duit..tapi duit bukan segalanya..
~ Kad2 yang berkenaan(Kad Pengenalan,Kad ATM,Kad housing SIM,Kad bisnes) resit2 yang
nak kena claim.....
~duit syiling beda2 nak ziarah public phone time kdit abeh..
~Plastik coklat yang lupa nak buang ari khamis ari tue...
~Memori kad...


5 favourite things in my bedroom:-
~Baju(Sekolah, T-Shirt, kotor((yang pakai kemarin))
~kpala otak besi (komputer).
~Almari(Buku, Baju, Barang2 sekolah)
~cermin muka ....beda2 nak suluh muka time picit jerawat..
~Kipas Angin.. Tadak tak leh tidoq ooii...


5 things I wish to do :-
~Nak ngaji kat Universiti.. Tak kisah la U mana pun..
~nak Zaujah yg cantik, sopan, pandai masak n so on..
~Nak pi wat haji.. Bila dompet cekang nanti laaa....
~Nak keluar dari belenggu kesunyian.. I mean nak kuar pegi merantau la ,mana2.. terperap ja
kat umah borink dooohh...
~Nak wat reunion balik ngan dak2 skol lama...

5 things I’m doing now :-
~Tengah main2 time ngaji..
~tgah bawak moto..
~tgah mengawal pemakanan...*tamaw ckp byk2 psai nie...
~main komputer...
~Dengaq lagu..

Monday, March 30, 2009

















Ari nieh, ari malang buat aku.. sim celcom aku rosak.. terpaksa laa kena pegi Celcom Centre.. Nak kena buat kad sim semula.. aduh.. Melayang 5 ringgit.. dah la esok nak call free.. hehehe... Pastuh, hilang la semangat nak patah balik ke sekolah nak pegi kelas tambahan Tafsir.. Then, tak tau nak lepak mana sblum balik rumah, aku baru teringat ari ni kawan2 ak nak main futsal kat Sport Planet.. Layan...

Thursday, March 26, 2009














Ni kengkawan2 seperjuangan ak kat MMAS tahun 2009.. Muka2 yang nak amik STAM skali ngan ak la nie.. ermm. tak pe.. teruskan perjuangan..
Dan, inilah keja kami.. cikgu tak masuk, wat Liqa', sembang, ngutuk, gosip, ceramah, nasihat, semua mak nenek ader.. tak kisah laa... pas ni, istighfar banyak2 yeee..

Wednesday, January 7, 2009

Ermm... Diam tak diam, tut tut.. Telefon mak aku berdering... Tuut..Tuut.. "Hello........ Naeh, abang ak dari KL nak balik... adoyai.. ermm... Ok la jugak.. Lama tak jumpe.. asyik dok pegi umah dia je kat sana.. Dalam pukul 12.30 p.m. sampai... Time tu aku tak de kat rumah.. Tengah mengadap komputer kat CC.. (hehe...) Urm... Sonok giler aku.. men dengan anak sedara ak.. dah 3 dah rupanya... kalau campur2 semua.. ade la 6... nak masuk 7 dah.. hehe..
Firdaus Haikal... Cute gak anak sedara ak sorang niee... Macam pak su dia nih... hehe.. Dia ni anak ke-2 abang aku... Putih kan??.. boleh buat model iklan Loreal.. hehe..
















Aina Natasya.. Ini pulak kakak dia.. Anak sulung abang aku... Pergh.. Lagi merap dari adik dia... Banyak songeh pulak tuu.. aduhh... Tapi, Ape2 pun.. tetap manja ngan pak su dia... Best...







Amir Farhan... Not for sale.. haha.. ni anak bongsu abang akuu. time ni baru 36 hari umur dia... nanti biler besar jadi la cam pak su eekk.. senang citer... huk3... Jangan marah......

Tuesday, January 6, 2009

S.P.



Pastuh... esok tu diorang da nak balik.... ingatkan dah nak berpisah dahh.... Rupanya, ade plan baru... Singgah umah mak ngah aku kat S.P. Sonok gak kat umah mak ngah ak.. ada port macning lagi style... Kalau nka ikut, memang tak nak dah mancing ni, tapi dah pak cik aku kata, bukan ada dah peluang ni nak jumpe kat KL.. So, sini je lah kan... Tak pe la... ikut je la diorang ni ni pegi mancing.. Hoho...



















Ermhh... dia ni pantang nampak kamera.. Semua nak kat dia... Takpa.. Kita bagi.... Huhuhuh... Ni kakak ak.. Kalau sapa tak kenal g, nama dia Shida... Len2 maklumat, tanya la dy sendiri... Huuhuhuuhhu...

Madah Berlada untuk pembaca

Menanggung sesuatu yang dibenci memang pedih tetapi melepaskan apa yang dicintai itu adalah lebih perit.

Katakanlah, cintakan seorang wanita itu derita. Cintakan secebis harta itu dusta. Cintakan sedarjat takhta itu buta.Cintakan setapak bumi itu hanya cerita. Ingatlah, tiada cinta seagung cintakan Ilahi...

Malu bertanya sesatlah perjalanan... Tapi kalau banyak bertanya itu tak tahu malu...

Struggle...

Struggle...

What do U think about me...?

My Favourite Team

My Favourite Team

My School

My School

AKU & MMAS + KUIN

Kat sini, aku nak cerita la sikit pasal sekolah aku. Aku mula belajar kat sini dari 3.1.2004. Dari form 1. Time tu, Memang rasa janggal bila kena tinggalkan mak ngan ayah sebab aku kena stay kat hostel.. sedih giler.... tapi, kawan-kawan aku yang se-dorm dengan aku nampak friendly je, aku jadi tak kisah.

First night menjalani kehidupan kat asrama, serba tak kena. Tidur tak lena, makan pun tak banyak macam selalu,(hehehe)... Asyik teringat boleh ke aku hidup kat sini nie... Pastu, bila dah jumpa ngan kawan2, n diorang pun caring je, hilang la sikit rasa gundah gulana tu... Alhamdulillah...

Start daripada hari tu, aku mula berdikari sebab sebelum ni, asyik mak je yang tolong buatkan. Sikit-sikit mak, sikit-sikit mak. Kesian kat mak aku.. huhu... Basuh baju, mula-mula semua baju hantar dobi kat rumah warden.. Lepas tu, pikir2 balik, basuh sendiri jimat sikit. huhu.. Then, Sembahyang berjemaah full setiap waktu. Solat sunat yang tak pernah buat pun, buat... Biasalah, form 1. Ikut je ape "abang-abang" suruh.

Bila naik form 2, rasa macam besar sikit sebab ada "adik-adik". Time ni la nak borang-memborang pun... Time ni memang rapat giler dengan adik-adik. I meant, form 4 this year. Seronok gak bila teringat balik... Biarkanlah kenangan itu terpahat dalam sanubari... Tak perlu kot nak cita panjang2 kat sini...

Tahun demi tahun aku lalui, sampai la aku kat form 3. Year of OTAI. Tapi, Alhamdulillah, aku tak la terpengaruh sangat dengan jiwa keremajaan ni... cuma kes CC je sikit2. Besa la tuu... Kengkawan pun mula bertambah tahun ni... Tak tahu lah dari mane datang...

Bila form 4 pulak, banyak giler perubahan dalam diri aku... Diri ni dah rasa besar tambahan pulak dibebani dengan tanggungjawab yang besar... Bila bersembang sikit, kisah pasal tanggungjawab, sikit2 tanggungjawab. Semakin banyak meeting yang aku kena hadiri. Tak tahulah... Akhirnya, aku mengundurkan diri dari menanggung tanggungjawab tu... Dalam erti kata lain, aku letak jawatan.. Semua ni berkisar tentang hostel laa...

Kilas kanan, kilas kiri... Laaa... Dah form 5. Dari tensyen kat hostel aku bawak ke rumah sewa. Macam2 benda aku belajar dari pengalaman ni. Makan, pakai semua 98.9 % atas diri sendiri. Awalnya ditentang gak dengan kehendak keluarga tapi, apa boleh buat, redah jee....

Tahun penentuan aku dalam hidup. maknanya, kalau aku main2 lagi, aku akan dihumban ke dalam lurah kepayahan dan kebinasaan dalam hidup aku.. Semakin hari mendekati SPM, semakin liat aku dengan buku. Asyik sangat dengan benda luar... Bukan aku tak sedar tapi rasa susah nak mengelak... Result trial pun merudum.. Sedih... Aku ingat nak buat anjakan paradigma... Chaiyok..

Dan sekarang, aku bergelar 'lepasan SPM dari MMAS'.. Perghh.. bangga siot. Tapi, walau macam mana pun, aku kena tunggu result SPM dulu laa.. Kalau result gempak, ok la jugak nak berbangga.. Ermm.. so, tinggal setahun je lagi aku di Maahad.. Dan aku akan lakukan yang terbaik... Go.. Go.. Go..

Bulan 1 2009, aku in Form 6 2009. Setiap hari aku terpaksa menelan kegelapan awal pagi, meredah kabus yang dinginnya menyusuk hingga ke tulang hitam aku, meredah traffic jam, kalau nak cepat, terpaksa meredah risiko melalui Highway, demi mengejar sepipis ilmu ukhrawi di sekolah yang penuh barakah tue.. (MMAS la). N Lepas nie mungkin pegi KUIN... tempat idaman aku selama nie.. hehe.. tak pun sebenarnya. tapi atas dasar alasan2 yang munasabah, aku cuba melangkahkan kaki aku ke KUIN. Tapi memana pun tak kisah, asalkan aku bleh menunut ilmu. Ye dak?

Bulan 5 2009, aku secara rasminya terkeluar dari senarai pelajar2 tingkatan 6 2009 kat Maktab Mahmud... dan lepas nie ak nak lanjutkan pengajian kat Kolej Universiti Insaniah (KUIN)...

Sedar tak sedar, aku dah masuk semester yang kedua dekat KUIN. Pengajian aku semakin rancak. Hafazan aku makin banyak. tapi mengulang, kurang pulak. Ini yang masalahnya. Tapi aku harap semua tu tak jadi masalah untuk aku meneruskan pengajuan aku di sini. Berbekalkan result exam yang "boleh gagah laaa" tu, aku harap semester depan aku boleh dapatkan yang lebih baik Insya Allah...

Masya Allah, pertengahan semester kedua da pun berlalu. tinggal sebulan saja lagi untuk menghadapi peperiksaan.. Hafalan baru setengah daripada muqarrar... Sempatkanlah aku untuk menduduki madah Hifz Quran 2 pada sem ini ya Allah.. Amin.